PENANG 14 November 2014. Anggota polis mengiringi M. Kesavan yang dituduh menyamar sebagai pegawai polis di Mahkamah Majistret George Town, semalam. NSTP/Muhammad Mikail Ong
PENANG 14 November 2014. Anggota polis mengiringi M. Kesavan yang dituduh menyamar sebagai pegawai polis di Mahkamah Majistret George Town, semalam. NSTP/Muhammad Mikail Ong
Oleh Mohd Zin Ali


Georgetown: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah ke atas lima pertuduhan di Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi, termasuk menyamar sebagai seorang pegawai polis berpangkat inspektor.

Tertuduh, M Kesavan, 25, membuat pengakuan berkenaan selepas kelima-lima pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memeras ugut seorang wanita berusia 21 tahun supaya menyerahkan RM4,100 sebagai dorongan untuk dirinya tidak menyebarkan satu video seks di sebuah premis di Mont Erskine, kira-kira jam 3 petang, 6 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana satu daripadanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut memperdayakan wanita sama dengan mengaku sebagai seorang pegawai polis berpangkat inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di tempat letak kereta di Hospital Penang Adventist, di sini, kira-kira jam 3 petang, 2 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 4:07 PM