Bilik soal siasat palsu menyerupai milik agensi siasatan rasuah China. - Foto SCMP
Bilik soal siasat palsu menyerupai milik agensi siasatan rasuah China. - Foto SCMP

Beijing: Empat lelaki membina bilik soal siasat menyerupai milik agensi siasatan rasuah negara itu untuk memeras ugut pegawai kerajaan kononnya akan menggugurkan siasatan rasuah mereka jika membayar sejumlah wang.

Menurut media China, kumpulan di timur bandar Suihua itu merancang memerangkap seberapa ramai mangsa tetapi hanya berjaya melakukan satu percubaan sebelum menyerah diri selepas seorang mangsa membuat laporan polis.

Mereka menculik Pengurus Jabatan Pertanian bandar itu, Zhang Wei, dan isterinya dari rumah, menutup mata serta membawa mangsa ke bilik soal siasat itu memaksa Zhang bersetuju membayar 400,000 yuan ($63,000) selepas beberapa jam disoal siasat.

Bagaimanapun, pasangan itu membuat laporan polis dan tiada siapa datang memungut wang bayaran. Seorang daripada lelaki itu kemudian menyerah diri sebelum polis menahan dua lagi dan sedang memburu lelaki keempat.

Bilik soal siasat itu lengkap dengan perabot, komputer, kamera serta lambang rasmi agensi siasatan pada dinding dibina dalam kompleks beli belah tinggal dengan kos 200,000 yuan ($32,000).

Menurut Zhang dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan bayaran yang dijanjikan itu hanya demi keselamatan diri dan isterinya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 7:15 PM