GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan dua lagi kes jangkitan koronavirus dari Wuhan di negara berkenaan hari ini menjadikan jumlah pesakit yang dijangkiti tiga orang.

Berita Harian Singapura melaporkan, wanita warga China berusia 53 tahun dari Wuhan disyaki ketika pemeriksaan awal malam tadi, disahkan positif dan kini dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Anak lelaki warga China berusia 66 tahun dari Wuhan yang disahkan sebagai kes pertama virus itu di Singapura semalam turut disahkan menghidapi virus itu.

Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH).

Sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 44 kes yang disyaki dengan 13 daripadanya disahkan negatif.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 January 2020 @ 7:20 PM