Anggota tentera Australia membantu memindahkan penduduk yang terjejas dalam kebakaran hutan di Mallacoota, Australia. Foto AFP
Anggota tentera Australia membantu memindahkan penduduk yang terjejas dalam kebakaran hutan di Mallacoota, Australia. Foto AFP
AFP

KERAJAAN Australia memanggil 3,000 anggota tentera bagi membantu memadamkan kebakaran hutan yang semakin teruk.

Perdana Menteri Australia Scott Morrison membuat keputusan dengan mengumumkan pertambahan anggota memadam kebakaran di lokasi terjejas selain penggunaan pesawat serta kapal.

Dua pegawai tinggi tentera berpangkat jeneral dilantik untuk memantau anggota yang terbabit dalam operasi selain menggunakan kapal HMAS Adelaide untuk membantu pemadaman.

"Hari ini keputusan sudah dibuat untuk meletakkan lebih ramai anggota tentera, pesawat dan kapal untuk membantu memadamkan kebakaran," katanya.

Setakat ini, lebih 2,000 anggota tentera sudah dihantar untuk tujuan sama oleh kerajaan Australia.

Kebakaran hutan di negara itu semakin buruk sejak beberapa hari lalu dan Morrison turut menerima kecaman daripada penduduk kawasan terjejas kerana didakwa lambat menghantar bantuan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 11:31 AM