RUMAH musnah akibat kebakaran hutan  di New South Wales, Australia. - Reuters
RUMAH musnah akibat kebakaran hutan di New South Wales, Australia. - Reuters
AFP

Sydney: Anggota bomba Australia daripada pihak teratas hingga sukarela meluahkan kemarahan terhadap Perdana Menteri Scott Morrison yang dilihat gagal menangani krisis kebakaran hutan di negara itu.

Anggota bomba, Paul Parker, 57, terkejut dengan tindakan kerajaan terutama Scott Morrison dalam menangani krisis itu dan membantah dakwaan Morrison bahawa beribu-ribu bomba sukarela menawarkan diri untuk ke sana.

“Kamu memang teruk. Jika kamu berada di lapangan dan melihat apa yang berlaku dan apa kami lalui, kamu dan kerajaan mungkin tidak terfikir,” katanya dalam temu bual bersama AFP.

Katanya, anggota bomba bergadai nyawa untuk memadamkan kebakaran dan sekurang-kurangnya tiga anggota dilaporkan sudah meninggal dunia sejak krisis kebakaran bermula September lalu.

“Kami meletakkan hidup sendiri dengan risiko. Saya melakukannya untuk komuniti tempatan dan rakyat Australia.

“Itulah yang saya buat. Saya tidak melakukannya untuk anda Scott Morrison, saya tidak melakukannya untuk kerajaan,” katanya.

Ketua Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales turut mengecam dan kecewa dengan keputusan Morrison untuk memanggil 3,000 tentera membantu pasukannya melalui media.

Minggu lalu, anggota bomba yang berada di lapangan enggan bersalaman dengan Morrison ketika disapa.

Kebakaran hutan memusnahkan lebih daripada empat juta hektar kawasan di lima negeri sejak September lalu dan lapan kematian dikaitkan dengan kebakaran itu.

BOMBA memantau kebakaran hutan di Milton, Australia.  FOTO Reuters
BOMBA memantau kebakaran hutan di Milton, Australia. FOTO Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 9:15 AM