POLIS mengawal gereja yang diceroboh penembak.
POLIS mengawal gereja yang diceroboh penembak.
AFP

HOUSTON: Beberapa penganut sebuah gereja di sini menembak mati seorang lelaki yang melepaskan tembakan ke dalam rumah ibadat itu ketika sembahyang berlangsung pagi ini.

Penyerang itu masuk ke dalam gereja di White Settlement lalu melepaskan tembakan yang menyebabkan seorang penganut meninggal dunia di hospital dan seorang lagi cedera parah.

Ketua Polis White Settlement, J.P Bevering berkata, beberapa penganut membalas tembakan dan penyerang maut di tempat kejadian.

Bevering berkata, mangsa cedera dalam keadaan kritikal dan pihak berkuasa masih mencari motif serangan.

Seramai 36,000 orang terbunuh akibat senjata api setiap tahun di Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 10:21 AM