FOTO Reuters.
FOTO Reuters.
AFP

WELLINGTON: Polis New Zealand menghentikan operasi mencari mayat dua mangsa susulan letusan gunung berapi di White Island pada 9 Disember lalu.

AFP melaporkan, kejadian berlaku ketika 47 orang yang kebanyakannya pelancong warga Australia berada di gunung berkenaan dan setakat ini 25 masih dirawat di hospital.

Pihak berkuasa sudah menemui semua 16 daripada 18 mayat mangsa selepas terbunuh akibat letusan di destinasi popular pelancong itu.

“Operasi mencari dua lagi mayat mangsa dihentikan,” kata jurucakap polis, Andy McGregor hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat memandangkan pihaknya gagal menemui sebarang petunjuk biarpun lokasi pencarian diperluaskan. -

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Disember 2019 @ 11:06 AM