KERETA Audi Q3 yang dicalarkan kanak-kanak berkenaan. FOTO Agensi
KERETA Audi Q3 yang dicalarkan kanak-kanak berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Seorang lelaki di China terpaksa membayar pampasan berjumlah AS$10,000 (RM41,417) selepas anaknya mencalarkan 10 kereta mewah jenis Audi.

Oddity Central melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao datang ke sebuah pengedar kereta Audi di Guilin bersama isteri dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Pasangan itu melihat kereta dan mendengar penerangan yang diberikan jurujual serta membiarkan anak mereka bermain sendiri.

Kerana kebosanan kanak-kanak itu mengambil batu dan terus mencalarkan 10 kereta termasuk model Audi Q8 yang bernilai kira-kira AS$142,000 (RM588,139).

Akibat kerosakan yang dilakukan kanak-kanak itu pengedar kereta berkenaan menyaman Zhao dan memintanya membayar kos ganti rugi berjumlah AS$28,400 (RM117,627).

Pengedar kereta itu memberitahu, mereka tidak boleh mengecat semula calar pada kenderaan berkenaan dan menjualnya sebagai kereta baru kerana ia menyalahi undang-undang.

Mereka perlu menjual kereta itu dengan kerosakan berkenaan tetapi pada harga yang lebih murah.

Zhao pada mulanya enggan membayar pampasan berkenaan tetapi selepas berbincang dia bersetuju membayar AS$10,000 kepada pengedar kenderaan itu.

KESAN calar pada sebuah kereta Audi. FOTO Agensi
KESAN calar pada sebuah kereta Audi. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 12:23 PM