‘PANCIT’. Xiaopi keletihan selepas mengawan dengan lima kucing betina dalam satu malam. FOTO Agensi
‘PANCIT’. Xiaopi keletihan selepas mengawan dengan lima kucing betina dalam satu malam. FOTO Agensi
Agensi

BEIJING: Seekor kucing jantan terpaksa dimasukkan air glukosa akibat terlalu penat selepas mengawan dengan sekurang-kurangnya lima ekor kucing betina dalam satu malam.

Kucing jantan dari baka Russian Blue dilaporkan terlepas dari kurungan di sebuah hotel kucing di Sichuan menyebabkan ia bergaul dengan beberapa ekor kucing lain di situ.

Kisah kucing yang bernama Xiaopi itu dikongsi oleh pemiliknya di media sosial yang berang selepas pemilik hotel berkenaan mendesaknya bertanggung jawab sekiranya kucing lain bunting.

Pemilik Xiaopi yang dikenali sebagai Zhao berkata, kucingnya tidak bersalah kerana pekerja hotel itu yang membiarkannya terlepas.

“Mereka berani untuk kecewa dengan saya. Mereka mahu saya menerangkan situasi itu kepada pemilik yang lain.

“Kucing saya kini keletihan dan terpaksa dimasukkan air. Adakah ini salah saya?” katanya.

Katanya, selepas berbincang pemilik hotel itu meminta maaf dan menawarkan untuk membayar kos rawatan kucingnya serta pampasan kepada yang lain.

“Pemilik hotel berjanji untuk membayar pampasan 500 yuan (RM29) kepada pemilik kucing betina yang hamil dan sanggup menjual anak kucing itu,” jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 8:58 PM