PENDUDUK membersihkan bekas Taufan Kammuri di Filipina.
PENDUDUK membersihkan bekas Taufan Kammuri di Filipina.
AFP

MANILA: Jumlah mangsa terbunuh akibat Taufan Kammuri di Filipina meningkat kepada 13 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Taufan itu membadai utara negara itu pada Selasa lalu dan turut menyebabkan lapangan terbang antarabangsa Manila ditutup.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, seorang mangsa lemas manakala tiga lagi maut dihempap pokok dan terkena objek terbang.

Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Mark Timbal berkata jumlah kematian dijangka meningkat dan pihaknya masih menunggu laporan lanjut daripada pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 3:00 PM