FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Agensi

DENPASAR: Seorang pemuda sanggup berlari bogel sejauh dua kilometer (km) selepas gagal merogol seorang penuntut universiti dalam kejadian di Jalan Singsasari, Denpasar pada Rabu lalu.

Tribun News melaporkan, suspek yang berusia 22 tahun dikatakan masuk menerusi tingkap di rumah sewa mangsa kira-kira jam 2.30 pagi.

Jurucakap polis Denpasar, Wayan Arta Ariawan berkata, suspek yang sudah ditahan itu pada mulanya hanya datang untuk mencuri namun mengubah niat asal apabila ternampak mangsa sedang tidur dan cuba merogolnya.

“Suspek membuka pakaiannya dan menghampiri mangsa selepas masuk menerusi tingkap. Dia kemudiannya menutup mulut mangsa sebelum pelajar itu menjerit.

“Dia terus meninggalkan mangsa dan berlari sejauh dua kilometer dari tempat kejadian kira-kira jam 3 pagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 8:29 PM