SUSPEK ketika dirawat di hospital dan kini ditahan di penjara Kuta.
SUSPEK ketika dirawat di hospital dan kini ditahan di penjara Kuta.
Agensi

DENPASAR: Seorang pelancong warga Australia mengamuk dengan bertindak merosakkan kedai, restoran dan kenderaan di Sunset Road, Bali kelmarin.

Video kejadian yang tular di media sosial memaparkan suspek berlari di jalan raya sebelum melompat ke arah sebuah motosikal, menyebabkan penunggangnya terjatuh dan cedera.

Suspek yang berkaki ayam ketika itu turut dilaporkan menerpa sebuah kereta yang bergerak ketika penduduk mengejarnya, lapor The Jakarta Post.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Kuta, Inspektor Putu Ika Prabawa berkata, suspek sudah ditahan semalam selepas dirawat di hospital dan kini ditahan di penjara Kuta.

Menurut Putu, suspek yang didapati di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian turut memecahkan tingkap sebuah kedai runcit, restoran dan menceroboh masuk rumah seorang penduduk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Ogos 2019 @ 3:10 PM