PENEMPATAN Israel yang dibina di Tebing Gaza dianggap tidak sah mengikut resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). FOTO AFP
PENEMPATAN Israel yang dibina di Tebing Gaza dianggap tidak sah mengikut resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). FOTO AFP
AFP

JERUSALEM: Israel sudah meluluskan pembinaan sebanyak 2,342 kediaman pendatang Yahudi di Tebing Barat.

Pemerhati penempatan Peace Now berkata, keputusan itu dibuat pada 10 Oktober lalu dan 59 peratus kediaman baru akan dibina di penempatan yang mungkin dikosongkan Israel di bawah perjanjian damai dengan Palestin.

Peace Now yang memantau pembangunan penempatan Yahudi dalam kenyataannya berkata, rancangan untuk 8,337 kediaman sudah diluluskan pada awal tahun.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan hampir 50 peratus peningkatan berbanding 5,618 kediaman yang diluluskan pada tahun lalu.

Terdapat kira-kira 600,000 pendatang Yahudi menetap di Tebing Barat dan timur Jerusalem bersama sekitar 2.9 juta rakyat Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 November 2019 @ 1:04 AM