PERDANA Menteri Naftali Bennett. FOTO AFP
PERDANA Menteri Naftali Bennett. FOTO AFP
AFP

Baitulmaqdis: Israel mengumumkan pada Ahad akan membina lebih banyak penempatan untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat.

Pengumuman itu ternyata mendapat tentangan daripada rakyat Palestin, aktivis keamanan dan negara jiran, Jordan.

Kementerian Perumahan dan Pembinaan kepimpinan Perdana Menteri Naftali Bennett dalam pengumumannya memaklumkan tender pembinaan 1,355 rumah sudah dikeluarkan.

Perumahan baharu itu kelak akan meningkatkan lebih 2,000 penduduk menurut sumber pertahanan pada Ogos.

Keputusan akhir bagi kebenaran penerokaan kawasan Tebing Barat itu dijangka dikeluarkan Kementerian Pertahanan minggu ini.

Perdana Menteri Palestin Mohammed Shttayeh ketika berucap dalam mesyuarat Kabinetnya meminta negara lain Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk menentang keputusan Israel itu yang dianggap menceroboh hak penempatan rakyat Palestin.

Pihak berkuasa Palestin akan menantikan respons daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang memaklumkan isu penerokaan pembinaan penempatan ini sebagai halangan untuk penyelesaian dua negara.

Kini dianggarkan 475,000 rakyat Israel menetap di Tebing Barat yang sebenarnya dianggap sebagai penempatan haram oleh undang-undang antarabangsa kerana di dalam kawasan Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 9:29 AM