SANUBAR Tursun. FOTO Agensi
SANUBAR Tursun. FOTO Agensi
AFP

BEIJING: Seorang pemuzik popular Uighur yang hilang selepas dihantar ke sebuah kem di Xinjiang bakal membuat persembahan di Shanghai pada 4 November ini.

Penganjur acara dalam satu kenyataan berkata, Sanubar Tursun akan mengadakan persembahan pada majlis penyampaian anugerah anjuran Konservatori Muzik Shanghai.

Tursun membuat kemunculan di khalayak ramai hampir setahun selepas khabar angin mengatakan dia dihantar ke kem penahanan.

Menurut Konservatori Muzik Shanghai, Tursun pemuzik wanita Uighur paling terkenal di dunia.

“Dalam tempoh beberapa tahun lalu, dia aktif di muzik antarabangsa,” tulisnya yang turut memetik konsert di Turki, London, Paris dan Toronto.

Selain Tursun, beberapa ikon budaya Uighur seperti pelawak Adil Mijit turut dilaporkan hilang.

Menurut menantu lelaki Mijit, pelawak itu gagal dihubungi sejak November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 11:53 PM