FOTO fail menunjukkan demonstrasi di Istanbul bagi membantah tindakan China terhadap etnik Uighur Muslim. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan demonstrasi di Istanbul bagi membantah tindakan China terhadap etnik Uighur Muslim. FOTO AFP
AFP

Xinjiang: Penindasan ratusan ribu minoriti etnik Uighur Muslim di China adalah 'kejahatan terhadap kemanusiaan', menurut laporan yang diterbitkan kumpulan hak asasi manusia Amnesty International, pada Khamis.

Laporan setebal 160 muka surat itu turut mengandungi pengakuan daripada bekas tahanan di kem yang terletak di wilayah Xinjiang di utara China.

Kumpulan itu menggelarkan kem berkenaan sebagai sebuah lokasi 'pengurungan, penyeksaan dan penganiayaan secara besar-besaran adalah jenayah terhadap kemanusiaan yang diatur secara sistematik oleh sebuah negara'.

Menerusi laporan itu, kumpulan hak asasi menggelarkan ia sebagai 'tindakan melampau' yang diambil pihak berkuasa China sejak 2017 terhadap etnik Uighur dan etnik Turki lain.

"Pihak berkuasa China mencipta suasana sangat teruk dalam skala yang mengejutkan, " kata Setiausaha Agung Amnesty, Agnes Callamard.

Katanya, masyarakat Muslim minoriti berdepan dengan jenayah kemanusiaan dan kezaliman hak asasi manusia lain.

Dokumen itu juga mendedahkan bagaimana lelaki dan wanita di Xinjiang dikurung dalam jumlah yang ramai pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 10:09 AM