PETIKAN laporan video NBC10 menunjukkan lipas berkeliaran di jalan.
PETIKAN laporan video NBC10 menunjukkan lipas berkeliaran di jalan.
Agensi

PENDUDUK kawasan perumahan di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat terkejut apabila ribuan lipas keluar dari lubang pembentung dan berkeliaran di jalan.

Penduduk, Pat Wall berkata, lipas itu mula keluar dari lubang pembentung di simpang Jalan Salmon dan Plum di Bridesburg, Philadelphia, malam Ahad lalu.

Katanya, pada satu ketika, terdapat banyak sangat lipas sehingga dia tidak nampak jalan.

"Semua jiran keluar dan menyembur atau memijak lipas itu. Ia seperti cerita ngeri menjadi kenyataan. Banyak juga lipas yang terbang berkeliaran. Saya tak pernah mengelak lipas terbang sebelum ini," katanya kepada stesen televisyen NBC10, Isnin lalu.

Wall berkata, ia serangan paling teruk yang pernah dilihatnya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Perairan Philadephia, John DiGuilio berkata, mereka menerima panggilan daripada tiga penduduk meminta bantuan.

Kakitangannya dikerah ke jalan itu, pagi Selasa lalu waktu tempatan (malam Selasa waktu Malaysia) dan membuang sambah atau makanan buangan yang mungkin tersangkut di pembentung itu.

DiGuilio berkata, mereka tidak jumpa lipas tapi sudah meninggalkan umpan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2017 @ 10:04 AM