LIGONNES terlihat dari CCTV pada April 2011. FOTO AFP
LIGONNES terlihat dari CCTV pada April 2011. FOTO AFP
AFP

PARIS: Pemburuan lelaki paling dikehendaki di Perancis selama lapan tahun berakhir selepas suspek yang membunuh isteri dan empat anaknya sebelum menghilangkan diri ditangkap di Scotland.

Xavier Dupont de Ligonnes yang mempunyai waran tangkap antarabangsa untuk pembunuhan pada 2011 dan kehilangannya turut mencetuskan misteri di Perancis.

Dua sumber siasatan memberitahu, Ligonnes yang juga ahli perniagaan ditahan di lapangan terbang Glasgow semalam selepas tiba dari Paris.

Satu lagi sumber berkata, Ligonnes menggunakan pasport yang dicuri di Perancis dan dia juga menghabiskan kebanyakan masanya dengan melarikan diri di Britain.

Lelaki berusia 58 tahun itu dipercayai menembak keluarganya hingga mati sebelum menanam mayat mereka di bawah rumah mereka di Nantes.

Selama bertahun-tahun Perancis diselubungi misteri mengenai bagaimana Ligonnes menghilangkan diri tanpa dikesan dan ada yang membuat spekulasi lelaki itu mungkin membunuh diri.

Beratus-ratus laporan daripada orang ramai yang mendakwa ternampak Ligonnes tetapi tidak disahkan pihak berkuasa menambahkan lagi misteri itu.

https://www.thesun.co.uk/news/10119239/xavier-dupont-de-ligonnes-killing...

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 1:43 PM