POLIS menembak gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah ke arah kumpulan perusuh di Hong Kong. FOTO REUTERS
POLIS menembak gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah ke arah kumpulan perusuh di Hong Kong. FOTO REUTERS
Reuters

HONG KONG: Aktiviti perniagaan dan stesen kereta api bawah tanah di Hong Kong mula beroperasi seperti biasa pagi ini selepas berlaku kekecohan semalam apabila polis menembak gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah ke arah kumpulan perusuh.

Reuters melaporkan, ribuan penunjuk perasaan anti kerajaan yang memakai topeng berarak, membakar dan menghalang jalan di beberapa daerah perniagaan utama.

Pihak berkuasa cuba meleraikan kumpulan itu dengan melepaskan gas pemedih mata di beberapa daerah tumpuan pelancong dan pusat beli-belah termasuk di Causeway Bay.

Polis yang mengeluarkan kenyataan, mengutuk tindakan itu apabila bantahan yang bermula dalam keadaan paling aman kini bertukar ganas membabitkan beberapa kawasan utama.

Katanya, kira-kira 20 orang penunjuk perasaan itu turut menyerang dua anggota polis sambil membaling bom petrol, batu dan mengancam keselamatan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 September 2019 @ 11:40 AM