TAUFAN Lingling yang melanda Korea Utara. FOTO/REUTERS
TAUFAN Lingling yang melanda Korea Utara. FOTO/REUTERS
Reuters

SEOUL: Lima maut manakala tiga cedera selepas Taufan Lingling membadai Korea Utara semalam, lapor agensi berita tempatan KCNA.

Reuters melaporkan, taufan yang dikatakan sebagai salah satu paling kuat sebelum itu melanda Korea Selatan sebelum bergerak ke Korea Utara.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kerosakan tanaman lalu menyebabkan kekurangan bekalan makanan.

“Tanaman membabitkan 46,200 hektar ditenggelami air. Kerja sedang dilakukan untuk mengatasi kesan bencana di kawasan terjejas,” lapor KCNA.

Kelmarin, Korea Utara mengadakan mesyuarat kecemasan atas arahan pemimpinnya, Kim Jong Un yang berang dengan pegawai kanan yang gagal berdepan situasi bencana dan tidak sedar dengan kesan serius akibat taufan, lapor KCNA. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 9:08 PM