GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
AFP

WASHINGTON: Pegawai kesihatan Amerika Syarikat menyiasat puluhan kes sebahagian besarnya adalah remaja, selepas mereka dimasukkan ke hospital akibat cedera parah pada paru-paru beberapa minggu kebelakangan ini selepas menghisap vape.

Jabatan Kesihatan di Illinois, Minnesota dan Wisconsin mengeluarkan kenyataan mengaitkan kes dengan pesakit akibat gejala batuk, sesak nafas, pening dan keletihan.

Pegawai kesihatan di tiga negeri itu melaporkan, sekurang-kurangnya 30 kes sudah disahkan manakala 22 lagi masih disiasat.

Ada antara mereka menghisap produk ganja dengan kuantiti banyak tanpa atau menggunakan vape, lapor media AS.

Ahli epidemiologi penyakit pernafasan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Wisconsin, Thomas Haupt, berkata: “Kami di dalam proses menemuduga semua pesakit untuk mencari persamaan penyakit.

“Pada ketika ini, menghisap vape adalah satu-satunya persamaan yang ada.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 11:45 AM