GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
AFP

WASHINGTON: Seorang pesakit meninggal dunia baru-baru ini di sebuah hospital di Illinois, Amerika Syarikat (AS) selepas mengalami penyakit pernafasan yang teruk, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan, semalam.

Pesakit berkenaan yang dirahsiakan umur dan jantinanya adalah salah seorang daripada 153 orang di 16 negeri yang menghidap sakit itu sejak akhir Jun lalu, menurut jumlah yang didedahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Penyebab kematiannya belum ditentukan tetapi kebanyakan mereka menggunakan e-rokok, kata kumpulan perubatan.

“Penyakit teruk yang dialami mereka sangat membimbangkan dan kami mesti mengumumkan bahawa penggunaan e-rokok dan vape boleh membahayakan kesihatan,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Illinois, Dr Ngozi Ezike.

“Kami minta pasukan dari CDC untuk membantu menyiasat kes-kes sebegini dan mereka akan tiba di Illinois pada Selasa depan.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 12:50 PM