ROKET sedang diuji milik Jepun terbakar kira-kira 50 saat selepas enjin dinyalakan. FOTO AFP.
ROKET sedang diuji milik Jepun terbakar kira-kira 50 saat selepas enjin dinyalakan. FOTO AFP.
AFP

Tokyo: Enjin roket Jepun meletup ketika ujian hari ini, kata seorang pegawai, yang menyifatkan kejadian itu tamparan terbaharu buat agensi angkasa negara itu.

Epsilon S iaitu versi roket Epsilon dipertingkat yang gagal dilancarkan Oktober lalu, meletup kira-kira 50 saat selepas enjin dinyalakan, kata pegawai kementerian sains dan teknologi Naoya Takegami.

Rakaman penyiar kebangsaan NHK menunjukkan tapak ujian di wilayah utara Akita terbakar dan kepulan asap tebal memenuhi ruang udaranya.

"Setakat ini kami tidak menerima laporan kecederaan daripada Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA), yang sedang menyiasat punca letupan," kata Takegami.

Program angkasa lepas Jepun telah mengalami beberapa halangan baru-baru ini, termasuk kegagalan pelancaran roket H3 perdananya pada bulan Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2023 @ 4:46 PM