WANITA melihat amaran kecemasan yang menasihatkan rakyat supaya bersedia untuk berpindah susulan tindakan Korea Utara yang melancarkan roket. FOTO AFP
WANITA melihat amaran kecemasan yang menasihatkan rakyat supaya bersedia untuk berpindah susulan tindakan Korea Utara yang melancarkan roket. FOTO AFP
BERNAMA

Seoul: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengecam sekeras-kerasnya pelancaran roket berbilang Korea Utara menggunakan teknologi peluru berpandu balistik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Pelancaran itu membabitkan teknologi yang berkaitan secara langsung dengan program peluru berpandu balistik antara benua (Korea Utara).

"Pintu diplomasi belum ditutup tetapi Pyongyang mesti segera menghentikan tindakan provokasinya," kata jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara Rumah Putih, Adam Hodge, dalam satu kenyataan.

Pelancaran itu meningkatkan ketegangan di rantau ini yang boleh menggugat kestabilan keselamatan adalah pencabulan terhadap beberapa resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain menimbulkan ketegangan dan berisiko menjejaskan kestabilan keselamatan di rantau ini dan selainnya," menurut kenyataan itu.

Hodge berkata; "Washington akan mengambil semua langkah perlu untuk memastikan keselamatan AS, Korea Selatan dan Jepun".

Menurut tentera Korea Selatan, Pyongyang melancarkan roket pelbagai peringkat ke arah selatan.

Terdahulu, kerajaan bandar raya Seoul pada Rabu tersilap menghantar amaran kecemasan menasihatkan rakyat supaya bersedia untuk berpindah selepas Korea Utara melancarkan roket, lapor Agensi Berita Yonhap.

Amaran menerusi telefon bimbit dihantar kepada semua rakyat pada 6.41 pagi, sejurus selepas Ketua Turus Bersama berkata Korea Utara melancarkan apa yang kelihatan seperti kenderaan pelancar angkasa.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri menarik balik amaran itu pada 7.03 pagi, mengatakan amaran itu dihantar secara tidak sengaja.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2023 @ 2:45 PM