GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

SAN JOSÉ: Kematian seramai 19 orang akibat minum alkohol dipercayai mengandungi metanol di Costa Rica menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil minuman itu daripada berpuluh jenama.

Pihak berkuasa berkata, mereka tidak dapat mengesahkan paras toksik berkenaan namun merampas kira-kira 30,000 botol alkohol dan melakukan siasatan di seluruh negara, lapor AFP.

Ketua Perkhidmatan Kecemasan di Hospital Calderon Guardia, Donald Corella yang dipetik akhbar La Nacion berkata, alkohol terbabit mengandungi antara 30 hingga 50 peratus metanol.

Katanya, enam yang dirawat di hospital meninggal dunia manakala empat lagi terselamat namun mengalami kesan yang sangat serius sama ada terhadap otak hingga menggigil seperti pesakit Parkinson atau buta sepenuhnya.

Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, metanol boleh menyebabkan buta, kerosakan hati dan kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 11:24 AM