BOTOL minuman keras yang dipercayai mengandungi bahan Metanol yang dirampas pihak berkuasa di Kuala Lumpur. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
BOTOL minuman keras yang dipercayai mengandungi bahan Metanol yang dirampas pihak berkuasa di Kuala Lumpur. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Mohd Azam Shah Yaacob


SERAMAI 23 individu di Lembah Klang disahkan sudah meninggal dunia akibat minum arak mengandungi metanol.

Jumlah itu membabitkan pertambahan dua kes kematian di Selangor dan menjadikan kes kematian di negeri itu meningkat kepada 19 orang

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, jumlah terkini mangsa terbabit kes arak beracun itu keseluruhannya 56 orang.

Katanya, 17 individu masih lagi dirawat manakala 20 lagi sudah dibenarkan pulang selepas keadaan kesihatan mereka beransur pulih.

"Sehingga 8 malam tadi, seramai dua lagi individu dilaporkan meninggal dunia iaitu masing-masing membabitkan seorang warga Nepal dan Myanmar.

"Ini menjadikan keseluruhan kes kematian di Selangor akibat minum arak beracun itu meningkat kepada 19 orang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, sehingga 10 malam tadi, kes kematian di ibu negara akibat arak beracun itu pula mencatatkan sebanyak empat kematian.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang berkata, empat kematian itu membabitkan dua lelaki tempatan dan dua lelaki Myanmar.

"Di Kuala Lumpur, sehingga kini sebanyak empat kematian akibat minum arak beracun itu dilaporkan. Empat kematian itu masing-masing membabitkan dua lelaki tempatan dan dua lelaki warga Myanmar," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Berita berkaitan

Arak beracun: Tujuh ditahan [METROTV]

[UPDATE] Empat lagi maut sebab arak beracun

[UPDATE] Mangsa beli arak di Bangi Lama...

[UPDATE] Angka maut akibat arak meningkat

[UPDATE] Lapan lagi disahkan maut

[UPDATE] Polis rampas arak di 'Pasar Bangla'

7 maut keracunan alkohol

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 September 2018 @ 11:18 PM