GEMPA bumi yang melanda selatan Bali  menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan termasuk hotel dan rumah ibadat. FOTO REUTERS
GEMPA bumi yang melanda selatan Bali menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan termasuk hotel dan rumah ibadat. FOTO REUTERS
Reuters

DENPASAR: Gempa bumi bawah laut berukuran 6.1 magnitud yang melanda selatan Bali hari ini, dilaporkan menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan termasuk hotel dan rumah ibadat.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pacific mahupun agensi pengawasan gempa bumi Indonesia, EMSC.

Gegaran turut dirasai di kawasan bandar di pulau Lombok dan Jawa, kata agensi meteorologi dan geofizik Indonesia dalam satu kenyataan.

Kementerian Pengangkutan berkata, lapangan terbang Bali beroperasi seperti biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 12:44 PM