SUASANA di luar sebuah hospital di Lombok dan setakat ini, 82 orang disahkan terkorban akibat gempa bumi. Foto REUTERS
SUASANA di luar sebuah hospital di Lombok dan setakat ini, 82 orang disahkan terkorban akibat gempa bumi. Foto REUTERS
AFP

ANGKA kematian akibat gempa bumi di pulau Lombok meningkat kepada 82 orang, manakala ratusan lagi dilaporkan cedera.

Jurucakap agensi bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho, berkata gempa bumi itu turut memusnahkan ratusan bangunan.

Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud yang melanda Lombok malam tadi, mengejutkan pelancong dan penduduk tempatan.

Gegaran itu turut dirasai penduduk di pulau Bali yang terletak berhampiran.

Sutopo berkata, amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini sudah ditarik balik, namun kebanyakan penduduk sudah menyelamatkan diri ke kawasan lebih selamat.

“Amaran tsunami yang dikeluarkan menyebabkan ramai penduduk cemas,” katanya.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa bumi yang melanda utara Lombok terletak hanya 10 kilometer di bawah tanah dan diikuti oleh dua lagi gegaran, selain 12 gempa susulan.

Pasukan penyelamat berkata, gempa bumi menyebabkan kerosakan teruk di Mataram, iaitu bandar utama di Lombok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Ogos 2018 @ 8:26 AM