PEKERJA sebuah pusat beli-belah menunggu di luar bangunan di Denpasar, Bali, susulan gempa bumi berkenaan. FOTO AFP
PEKERJA sebuah pusat beli-belah menunggu di luar bangunan di Denpasar, Bali, susulan gempa bumi berkenaan. FOTO AFP
BERNAMA

Jakarta: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 melanda Pulau Jawa, Indonesia pada Jumaat, menurut agensi geofizik negara itu BMKG.

Gempa bumi terbabit direkodkan pada kedalaman 632 kilometer kira-kira 68 kilometer dari barat laut Tuban di wilayah Jawa Timur.

Gempa bumi berlaku pada 4.55 petang waktu tempatan, bagaimanapun tiada risiko tsunami dilaporkan.

Gegaran turut dirasai Surabaya, Denpasar, Semarang, Jogjakarta, Sukabumi dan sehingga ke Jakarta.

Satu lagi gempa bumi bermagnitud 5.5 turut menggegarkan Bangkalan di Jawa Timur pada 5.37 petang, menyebabkan penduduk panik dan melarikan diri dari kediaman masing-masing.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini, dan pihak berkuasa sedang mengumpul maklumat mengenai kerosakan harta benda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2023 @ 7:55 AM