BALI, Indonesia. FOTO Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.
BALI, Indonesia. FOTO Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.
Reuters

Jakarta: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 di laut utara pulau Bali dan Lombok di Indonesia awal Selasa, kata Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).

Ia menyebabkan penduduk yang panik berlari keluar dari bangunan.

Pusat gempa terletak 203 kilometer (km) di utara Mataram, Indonesia, dan sangat dalam iaitu pada kedalaman 516 km, kata EMSC.

Agensi geologi Indonesia dan Amerika Syarikat menetapkan kekuatan gempa itu pada magnitud 7.1, tanpa ancaman tsunami.

Gempa itu dirasai sejurus sebelum 4 pagi merentasi kawasan pantai di Bali dan Lombok dan diikuti dua gempa bumi susulan bermagnitud 6.1 dan 6.5, menurut agensi geologi Indonesia.

Tetamu di Mercure Kuta Bali berlari keluar dari bilik mereka selepas merasakan gegaran selama beberapa saat, kata pengurus hotel, Suadi kepada Reuters, menerusi telefon.

"Beberapa tetamu meninggalkan bilik mereka tetapi masih berada di kawasan hotel," katanya, sambil menambah mereka sudah kembali ke bilik dan tiada kerosakan pada bangunan.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan, kata agensi bencana Indonesia BNPB.

"Gempa itu dalam, jadi ia tidak sepatutnya merosakkan," kata jurucakap BNPB Abdul Muhari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2023 @ 8:28 AM