LOKASI gempa bumi berkenaan. IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.
LOKASI gempa bumi berkenaan. IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.
Reuters

Tehran: Sekurang-kurangnya tiga maut akibat gempa bumi bermaganitud 6.1 di selatan Iran, awal pagi hari ini.

"Malangnya sehingga kini kami mempunyai tiga kematian dan lapan cedera," kata Mehrdad Hassanzadeh, ketua pengurusan kecemasan di Wilayah Hormozgan di pantai Teluk Iran kepada televisyen media tempatan.

Media Iran melaporkan gempa bumi itu bermagnitud 6.1, manakala Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) berkata, ia bermagnitud 6.0.

Gempa itu dikesan pada kedalaman 10 kilometer, kata EMSC.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 10:09 AM