KAWASAN Freddie dibaham 18 anjing peliharaannya.
KAWASAN Freddie dibaham 18 anjing peliharaannya.
Agensi

TEXAS: Misteri seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak April lalu akhirnya terbongkar apabila dia sebenarnya mati dalam keadaan mengerikan akibat dibaham 18 anjing peliharaannya sendiri, kata pihak berkuasa.

Sky News melaporkan, Freddie Mack, 57, dipercayai mati dimakan anjingnya sendiri selepas polis menemui cebisan tulang berukuran antara lima sentimeter hingga 12 sentimeter , rambut dan pakaian dalam najis haiwan berkenaan.

Jurucakap Pejabat Syerif Daerah Johnson, Aaron Pitts berkata, ujian DNA ke atas serpihan tulang ditemui dalam najis anjing itu menunjukkan ia milik mangsa.

“Kami tidak pernah dengar seluruh tubuh manusia dimakan anjing.

“Malah tulangnya patah sepenuhnya dan dimakan,” katanya

Washington Post melaporkan, mangsa mempunyai masalah kesihatan serius namun tidak diketahui sama ada anjing itu membunuh mangsa atau dia meninggal dunia kerana sakit sebelum dibaham anjing yang kelaparan.

Pada 9 Mei lalu, mangsa dilaporkan hilang dari rumahnya di Venus, Dallas oleh ahli keluarganya selepas mereka tidak mendengar berita darinya sejak pertengahan April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 11:39 PM