CHENG bertindak menuang sebotol air ke atas kepala Li ketika dia sedang memberi penyampaian pada acara tahunan Baidu. FOTO SCMP
CHENG bertindak menuang sebotol air ke atas kepala Li ketika dia sedang memberi penyampaian pada acara tahunan Baidu. FOTO SCMP
Agensi

BEIJING: Lelaki yang menuang air ke atas kepala pengasas Baidu, Robin Li Yanhong pada acara tahunan syarikat itu, Rabu lalu kini ditahan selama lima hari.

Polis daerah Chaoyang dalam satu kenyataan di Weibo, hari ini berkata lelaki dikenali sebagai Cheng ditahan selepas siasatan kejadian itu selesai.

Pada hari kejadian, Cheng naik ke pentas dan menuang sebotol air ke atas kepala Li yang pada ketika itu memberi penyampaian di acara tahunan Baidu.

Terkejut dengan perbuatan Cheng, hartawan itu bertanya ‘apa masalah awak’ kepadanya dalam bahasa Inggeris.

Cheng kemudian ditahan pengawal keselamatan sejurus turun dari pentas, lapor South China Morning Post.

Tindakan Cheng masih kurang jelas dan dia juga tidak menjawab pertanyaan media menerusi akaun Weibo miliknya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2019 @ 10:35 PM