WANITA dan anak perempuannya dibelasah sampai mati oleh tiga lelaki yang menuduh mereka mengamalkan ilmu hitam. Foto hiasan
WANITA dan anak perempuannya dibelasah sampai mati oleh tiga lelaki yang menuduh mereka mengamalkan ilmu hitam. Foto hiasan
AFP

NEW DELHI: Wanita dan anak perempuannya Jharkhand, India, dibelasah sampai mati oleh tiga lelaki yang menuduh mereka mengamalkan ilmu hitam.

Menurut polis semalam, dalam kejadian Rabu lalu, di daerah Singhbhum Barat itu, wanita berusia 50 tahun berkenaan dan anak perempuannya yang masih muda, dibelasah jiran sebelum mereka ditikam.

Keluarga mangsa dikatakan terbabit dalam perbalahan mengenai pemilikan tanah dengan salah seorang penyerang yang memfitnah mereka menggunakan ilmu hitam bagi menutup jenayahnya.

“Suspek menyebarkan khabar angin kepada penduduk kampung bahawa wanita itu mengamalkan sihir yang menyebabkan penyakit hingga membawa kematian.

“Mereka menyerang wanita itu pada waktu malam dan membunuh mereka dengan kejam,” kata Ketua Polis Daerah, Indrajit Mahatha.

Menurutnya, polis kini sedang memburu semua suspek yang melarikan diri dari kampung itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 9:24 PM