SEEKOR beruang terperangkap di dalam serumah  sebelum masuk ke dalam almari pakaian untuk tidur. FOTO Agensi
SEEKOR beruang terperangkap di dalam serumah sebelum masuk ke dalam almari pakaian untuk tidur. FOTO Agensi
Agensi

MISSOULA (Amerika Syarikat): Satu keluarga di bandar ini terkejut apabila menemui seekor beruang yang sedang nyenyak tidur di dalam almari pakaian di rumah mereka.

Pegawai sheriff Missoula County memberitahu, mereka menerima panggilan dari keluarga berkenaan pada pagi Jumaat lalu mengenai seekor beruang yang masuk ke rumah mereka.

Katanya, beruang itu terperangkap di dalam rumah berkenaan sebelum masuk ke dalam almari pakaian untuk tidur.

Pejabat itu dalam satu kenyataan di Facebook memberitahu, haiwan berkenaan merosakkan dinding dan peralatan di dalam sebuah bilik sebelum masuk ke dalam almari pakaian berkenaan.

“Kami meminta bantuan pegawai di Jabatan Perikanan, Hidupan Liar dan Taman Negara untuk menangkap beruang ini.

“Beruang itu ditembak dengan ubat pelali sebelum dilepaskan semula ke kawasan hutan jauh dari kediaman penduduk,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2019 @ 11:44 AM