BORIS  menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, sebentar tadi. FOTO/AGENSI
BORIS menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, sebentar tadi. FOTO/AGENSI
Agensi

LONDON: Boris Johnson secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Britain yang baru selepas menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, sebentar tadi.

Johnson menerima mandat baru sekali gus membentuk kerajaan selepas Theresa May meletak jawatan.

Perjalanan Johnson, perdana menteri ke-14 British itu terganggu seketika selepas penunjuk perasaan alam sekitar membentuk halangan manusia di hadapan konvoi pengiringnya.

Dalam ucapan pertamanya sebagai perdana menteri, Boris berikrar untuk meneruskan rancangan Brexit yang dianggapnya sebagai `misi hidup dan mati’.

Upacara berkenaan turut dihadiri teman wanitanya, Carrie Symonds.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019 @ 11:25 PM