POLIS melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan yang melakukan protes anti-kerajaan. FOTO REUTERS
POLIS melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan yang melakukan protes anti-kerajaan. FOTO REUTERS

HONG KONG: Hong Kong kembali huru hara malam semalam apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan yang melakukan protes anti-kerajaan.

AFP melaporkan, polis mengambil tindakan itu beberapa jam selepas pejabat Kerajaan China dilontar telur dan diconteng grafiti sebagai kritikan jelas terhadap pemerintahan Beijing.

Suasana di kawasan perniagaan di bandar itu diselubungi dengan asap pemedih mata ketika polis cuba meleraikan kumpulan penunjuk perasaan terbabit.

Satu kumpulan bertopeng yang dipercayai penyokong kerajaan turut berada di tempat penunjuk perasaan di stesen kereta api dan membelasah beberapa orang termasuk wartawan yang menyiarkan kejadian itu secara langsung.

Hong Kong dibelenggu krisis paling buruk dengan perarakan sejak beberapa minggu selain konfrontasi ganas antara polis dan penunjuk perasaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 10:25 AM