Seorang lelaki memeriksa kerosakan yang berlaku pada Masjid Raya Kajai di Kecamatan Talamau di Sumatera, Indonesia. - FOTO Antara Foto/Reuters
Seorang lelaki memeriksa kerosakan yang berlaku pada Masjid Raya Kajai di Kecamatan Talamau di Sumatera, Indonesia. - FOTO Antara Foto/Reuters
Agensi

Singapura: Gegaran akibat gempa bumi di Sumatera turut dirasai Singapura.

Sekitar jam 9.40 pagi, beberapa individu melaporkan gegaran di beberapa lokasi sekitar Singapura termasuk di Punggol, Simei, Redhill, Queensway, Ang Mo Kio dan Kallang.

Malah, ada yang merasa gegaran di Bugis, River Valley dan Choa Chu Kang.

Mediacorp melaporkan, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan gegaran dikesan menyusuli gempa bumi berukuran 6.0 magnitud di Sumatera Utara.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda Sumatera, Indonesia pada kira-kira pukul 8.39 pagi waktu tempatan.

Agensi geofizik Indonesia BMKG menyatakan dalam catatan Twitter bahawa pusat gempa terletak di kawasan darat dan ia tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Februari 2022 @ 5:14 PM