GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

Sydney: Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud dikesan di Lautan Pasifik di timur New Caledonia kata Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS), sehari selepas gempa besar melanda kawasan yang sama.

Pusat gempa itu sedalam 35 kilometer (22 batu) dan terletak kira-kira 300 kilometer (190 batu) di timur kepulauan New Caledonia, katanya.

Sebarang gelombang tsunami dijangka kurang daripada 0.3 meter (satu kaki), kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik dalam kemas kini terbaharunya.

Ombak itu mungkin sampai ke pulau-pulau Pasifik Fiji, Kiribati, Vanuatu dan Wallis dan Futuna, katanya, selepas mengeluarkan amaran sebelum ini untuk pantai dalam lingkungan 300 kilometer (185 batu) dari pusat gempa.

Pada hari Jumaat, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di kawasan yang sama menyebabkan orang ramai berebut-rebut ke tempat yang lebih tinggi di beberapa pulau Pasifik kerana takut dengan ombak gergasi.

Amaran tsunami sudah ditarik balik beberapa jam kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 11:22 AM