VIRUS cacar monyet. FOTO Agensi
VIRUS cacar monyet. FOTO Agensi
AFP

SINGAPURA: Singapura melaporkan kes jangkitan cacar monyet yang pertama, membabitkan seorang lelaki rakyat Nigeria berkemungkinan menghidap virus itu dengan memakan daging haiwan liar dalam satu majlis perkahwinan.

Gejala cacar monyet pada manusia adalah endemik di kawasan Afrika Tengah dan Afrika Barat yang mengakibatkan antaranya ruam, demam, sakit sendi dan menggigil.

Transmisi sebahagian besarnya melalui hubungan rapat dengan haiwan yang dijangkiti seperti tikus dan monyet tetapi terhad kepada manusia. Penyakit itu tidak membawa maut tetapi amat jarang berlaku.

Lelaki yang membawa virus itu tiba di Singapura pada 28 April, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.

Lelaki berusia 38 tahun itu mengalami gejala dua hari kemudian dan kini menerima pengasingan di pusat penyakit berjangkit dan dalam keadaan stabil, kata kementerian itu.

Sementara itu, 23 individu lain yang berhubung rapat dengan mangsa juga dikuarantin dan dipantau selama 21 hari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 3:59 PM