INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
Agensi

Singapura: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan kes jangkitan tempatan pertama cacar monyet di negara berkenaan.

Pesakit adalah lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun yang menetap di Singapura.

MOH berkata, lelaki terbabit disahkan positif cacar monyet selepas menjalani saringan pada Rabu.

"Pesakit kini sedang menerima rawatan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dan dilaporkan stabil," menurut kenyataan pada Rabu.

Lelaki itu juga tidak mempunyai kaitan dengan kes import yang diumumkan MOH pada 21 Jun lalu.

Lelaki itu mula mengalami masalah kulit bahagian bawah perut pada 30 Jun dan kemudiannya berasa letih, selain bengkak kelenjar pada 2 Julai.

Dia kemudian demam dan sakit tekak pada 4 Julai sebelum mendapatkan rawatan perubatan untuk ujian awal yang berkaitan dengan penyakit lain.

"Ujian berkaitan kemudiannya negatif dan dia diasingkan di NCID pada 6 Julai untuk penilaian lanjut," katanya.

Cacar monyet adalah penyakit virus yang disebabkan oleh jangkitan virus lazimnya pesakit akan pulih dalam tempoh dua hingga empat minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2022 @ 9:37 AM