SULTAN Brunei Hassanal Bolkiah. FOTO Reuters
SULTAN Brunei Hassanal Bolkiah. FOTO Reuters
Reuters

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei Hassanal Bolkiah melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang homoseks. 

Keputusan itu ekoran kritikan global dari beberapa selebriti antaranya George Clooney dan Elton John.

Negara terkecil di Asia Tenggera itu mencetuskan kemarahan ramai selepas melaksanakan undang-undang syariah pada 3 April lalu dengan menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah rogol, zina dan liwat serta rejam. 

Brunei berterusan mempertahankan haknya melaksanakan undang-undang syariah sejak kali pertama diperkenalkan pada 2014. 

Namun, sejak itu undang-undang terbabit dibatalkan secara berperingkat. 

Bagaimanapun, dalam respons kritikan terhadap negara itu, baginda memaklumkan hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPCO). 

Beberapa jenayaah membawa hukuman mati di Brunei termasuk pengedaran dadah, namun belum ada hukuman dilaksanakan sejak 1957.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2019 @ 12:20 PM