PETUGAS undi Indonesia membawa peti undi menggunakan gajah. FOTO/AFP
PETUGAS undi Indonesia membawa peti undi menggunakan gajah. FOTO/AFP
AFP

JAKARTA: Lebih 190 juta rakyat Indonesia dijangka mengundi hari ini bagi memilih presiden baru dan wakil rakyat masing-masing daripada jawatan kuasa kampung hinggalah ke Parlimen membabitkan lebih 245,000 calon.

AFP melaporkan, Pilihan Raya Presiden (Pilpres) menyaksikan persaingan sengit satu lawan satu antara Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan bekas jeneral, Prabowo Subianto di negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam itu.

Pengundian bermula pada 7 pagi tadi waktu tempatan dan dijangka tamat pada jam 1 tengah hari.

Sebagai rekod, 245,000 calon akan bertanding, bermula dari jawatan presiden dan ahli parlimen kepada jawatan setempat yang kali pertama diadakan secara serentak pada hari sama.

Berdasarkan beberapa tinjauan menunjukkan Jokowi, 57, adalah calon pilihan namun Prabowo, 67, yang menggunakan tiket nasionalis memberi amaran akan mencabar keputusan pilihan raya sekiranya dia tewas.

Prabowo kalah tipis kepada Jokowi pada 2014 dan gagal mencabar keputusan itu di mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 10:42 AM