PIERRE berjanji untuk membebaskan banduan dan ini kali ketiga dia melaksanakan pengampunan besar-besaran.
PIERRE berjanji untuk membebaskan banduan dan ini kali ketiga dia melaksanakan pengampunan besar-besaran.
AFP

NAIROBI: Kerajaan Burundi membebaskan 142 banduan daripada 3,000 tahanan bagi mempromosikan perdamaian, semalam.

Bagaimanapun, pengkritik mempercayai langkah itu bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

AFP melaporkan banduan dibebaskan adalah pesalah yang melakukan jenayah kecil.

Pada Disember tahun lalu, Presiden Pierre Nkurunziza berjanji untuk membebaskan banduan dan ini kali ketiga dia melaksanakan pengampunan besar-besaran sejak pergolakan negara pada 2015.

Burundi mempunyai 11 penjara yang antaranya boleh menampung seramai 4,000 banduan.

Namun, penjara berkenaan kini didapati menempatkan lebih 11,000 banduan, lapor kumpulan hak asasi Aprodeh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2019 @ 1:02 AM