Bas terbabit dalam kemalangan di lebuhraya Mombasa-Nairobi. FOTO EPA-EFE
Bas terbabit dalam kemalangan di lebuhraya Mombasa-Nairobi. FOTO EPA-EFE
Reuters

NAIROBI: Sembilan orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila sebuah bas dan trak bertembung hari ini di lebuh raya sibuk di tenggara ibu negara Kenya, lapor media.

Stesen televisyen NTV melaporkan kemalangan itu menyebabkan api marak hingga membakar kedua-dua kenderaan terbabit dalam insiden berhampiran bandar Emali yang terletak 125 kilometer di tenggara Nairobi.

Imej disiarkan akhbar Daily Nation Kenya menunjukkan sebuah bangkai sebuah trak dengan serpihan bergelimpangan di sekitarnya.

Daily Nation Kenya melaporkan mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan.

Menurut statistik dalam laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemalangan di Kenya meragut nyawa antara 3,000 hingga 13,000 penduduknya setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Julai 2018 @ 3:53 PM