ORANG awam memberi penghormatan kepada mangsa serangan. FOTO/AFP
ORANG awam memberi penghormatan kepada mangsa serangan. FOTO/AFP
Agensi

Christchurch: Suspek pengganas, Brenton Tarrant yang menyerang dua masjid di New Zealand dilaporkan mengembara ke seluruh dunia selama tujuh tahun sebelum menjadi taksub dengan ideologi fahaman kanan melampau dan Neo-Nazi.

Lelaki itu dibesarkan di Grafton sebuah pekan kecil di New South Wales, Australia dan apabila bapanya, Rodneyn meninggal dunia akibat kanser pada 2011, dia meninggalkan kampung halamannya itu.

Ibu dan adik perempuannya dilaporkan masih tinggal di pekan itu.

Sejak itu, selama tujuh tahun dia mengembara ke seluruh dunia dan di Facebook miliknya sebelum ini Tarrant menceritakan pengalamannya melawat beberapa negara termasuk Pakistan dan Korea Utara.

The Sydney Morning Herald melaporkan, dalam Facebook sebelum ini, Tarrant menceritakan pengalamannya ketika melawat Pakistan.

“Tempat menakjubkan yang penuh dengan orang yang paling baik hati dan suka membantu di dunia. Keindahan lembah Hunza Nagar ketika musim luruh tiada tandingannya,” katanya.

Bagaimanapun, seorang wanita yang mengenali Tarrant ketika di Grafton memberitahu Daily Mail Australia, lelaki itu seorang yang baik dan pendiam tetapi sesuatu berlaku dalam tempoh tujuh tahun itu yang mengubahnya.

“Tarrant sangat meminati kecergasan dan dia menghabiskan masa selama berjam-jam di gimnasium. Dia juga jarang bercakap mengenai politik atau agama.

“Dia mengembara ke seluruh dunia untuk mencari pengalaman dan boleh dikatakan ada sesuatu yang berlaku ketika tempoh itu,” katanya.

Dalam manifesto yang disiarkan Tarrant sebelum melakukan serangan berkenaan, dia mendakwa memperoleh wang melalui perdagangan mata wang digital Bitcoin yang membolehkannya mengembara ke seluruh dunia.

Tarrant juga dilihat menjadi taksub dan marah dengan beberapa serangan yang berlaku di Eropah antara 2016 hingga 2017.

Berita berkaitan

'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'

Suami dah separuh sedar'

Budak 3 tahun korban paling muda

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Suspek pengganas di dakwa

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 1:25 PM