KUCING peliharaan selepas melakukan pembedahan menambah kelopak mata. FOTO Jiangsu Television Station
KUCING peliharaan selepas melakukan pembedahan menambah kelopak mata. FOTO Jiangsu Television Station
Agensi

BEIJING: Seorang wanita dikecam selepas mendapatkan rawatan kosmetik untuk kucingnya kerana tidak berpuas hati dengan bentuk mata haiwan itu yang dianggap ‘hodoh’.

Wanita yang tidak dinamakan itu membawa kucingnya untuk melakukan pembedahan menambah kelopak mata. Untuk memenuhi permintaannya, doktor terpaksa memotong kelopak mata kucing itu, lapor Jiangsu Television.

Menurut The Mirror, stesen televisyen itu turut mendedahkan gambar kucing itu selepas menjalani pembedahan yang dipercayai memakan belanja sekitar 10,000 yuan (RM6,000).

Dalam gambar berkenaan, bulu pada muka kucing itu dilihat sudah dicukur manakala mata haiwan malang itu merah dan bengkak. Jahitan juga dilihat di atas matanya.

MailOnline melaporkan, sejak kisah itu disiarkan televisyen China, pemilik kucing itu dikecam hebat di media sosial.

Seorang pengguna berkata: “Lain sungguh rupa kucing itu, ini perbuatan yang menyeksanya.”

KAKITANGAN sebuah hospital haiwan mendedahkan prosedur rawatan kosmetik yang ditawarkan. FOTO Jiangsu Television Station
KAKITANGAN sebuah hospital haiwan mendedahkan prosedur rawatan kosmetik yang ditawarkan. FOTO Jiangsu Television Station

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 10:22 PM