ADIBAH Noor
ADIBAH Noor
Najiy Jefri


Kucing adalah haiwan peliharaan yang paling popular. Bagi pemelihara kucing, mereka amat terhibur dengan keletah haiwan terbabit lebih-lebih lagi jika ia sangat manja dan jinak.

Tidak terlepas adalah golongan selebriti tempatan yang turut memiliki kucing peliharaan. Ada segelintir daripada mereka yang membuka laman Instagram khas untuk kucing kesayangan dan berkongsi dengan peminat.

Meskipun terpaksa berhabis ribuan ringgit untuk membeli dan menjaga makan minumnya, tapi spesies ini dianggap sebagai pembuka rezeki.

Bling minggu ini menyenaraikan 10 selebriti yang membela kucing.

1. Adibah Noor

Penyanyi Adibah Noor mengaku dirinya amat menyayangi kucing sehingga sanggup memperuntukkan sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan membela 41 ekor haiwan terbabit di rumahnya.

Adibah atau Adibah Noor Mohamed Omar berkata, sifatnya yang terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan dirinya tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing belaannya.

Adibah memberitahu semua kucing yang dijaganya adalah satu tanggungjawab dan tidak seharusnya dipandang mudah kerana ia ibarat menganiaya sekiranya tidak dibuat dengan baik.

Oleh itu, dia tidak sewenang-wenangnya memberikan kucing kepada peminat yang meminta daripadanya.

“Bukan sekadar comel pada pandangan mata, ia adalah tanggungjawab yang sangat memerlukan komitmen jitu,” katanya.

2. Zara Zya

Bermula dengan membeli seorang kucing tujuh tahun lalu, kini pelakon berbakat, Zara Zya dikelilingi 11 ekor kucing.

Semua kucing itu ditempatkan dalam bilik khas yang selesa di rumah teres miliknya dengan menggaji seorang pekerja bagi memantau kebajikan kucing-kucingnya itu.

ZARA Zya
ZARA Zya

3. Wany Hasrita

Pelantun popular lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita pula mempunyai tiga ekor kucing kesayangan yang diberi nama Atinonot, Atikudi dan Duli. Kucing manja dan comel itu dibelanya sejak 2013.

Menurut Wany, Atinonot adalah kucing pemberian saudaranya manakala Atikudi dan Duli dibela apabila dilihat terbiar di tepi jalan atau dibuang orang begitu saja.

CARME Forcadell. FOTO Reuters
CARME Forcadell. FOTO Reuters

4. Saharul Ridzwan

Pelakon yang mula dikenali melalui drama Hati Perempuan ini sering berkongsi gambar kucing kesayangannya, Trex di laman Instagram miliknya.

Saharul mengakui penat lelah sebaik selesai penggambaran hilang sebaik melihat kecomelan Trex.

SAHARUL Ridzwan
SAHARUL Ridzwan

5. Hairul Azreen

Pelakon Hairul Azreen menganggap kucing peliharaannya, Bujibu Chempel membawa tuah kerana menerima permintaan daripada peniaga untuk membuat ulasan produk di Instagram.

Hairul juga tidak menyangka kucing kesayangannya itu membawa rezeki dan tidak pernah merancang untuk menjadikan dia popular di media sosial.

HAIRUL Azreen
HAIRUL Azreen

6. Siti Nordiana

Penyanyi popular Siti Nordiana pula mempunyai tiga ekor kucing yang diberi nama Bobo, Emma dan Dickson. Kata Nana, dia akan membawa semua kucing peliharaannya ke klinik haiwan setiap bulan bagi memastikan tahap kesihatannya baik.

SITI Nordiana
SITI Nordiana

7. Datuk Rafiena

Produser terkenal, Datuk Rafiena mempunyai kucing diberi nama Burger. Kucing yang dibeli dengan harga RM1,500 itu pernah dimasukkan ke wad apabila tersalah makan rumput.

Rafiena berkata, kucing yang dibeli ketika usianya tiga bulan itu adalah peneman tidurnya.

RAFIENA
RAFIENA

8. Indah Ruhaila

Bagi mereka yang mengikuti Instagram penyanyi Percayalah ini, tentu tahu dia kerap memuat naik gambar kucingnya. Asalnya Indah mempunyai dua ekor kucing tetapi sekarang bertambah lima ekor apabila salah seekor kucingnya, Melur melahirkan tiga anak.

Walaupun terpaksa menjaga lima ekor kucing, Indah tidak terfikir untuk memberikannya kepada orang lain. Baginya, kucing menjadi peneman dirinya yang tinggal seorang diri di Kuala Lumpur.

KEMASAN cat setaraf kilang induk Mazda di Jepun.
KEMASAN cat setaraf kilang induk Mazda di Jepun.

9. Ernie Zakri

Loe adalah nama kucing kesayangan penyanyi Ernie Zakri. Kucing jenis parsi itu dibelanya sejak setahun lalu. Katanya, dia begitu menyayangi kucing kerana ia kesayangan Nabi Muhammad SAW. Ernie mengakui gelisah apabila kucingnya tidak pulang ke rumah sekiranya dilepaskan.

ERNIE Zakri
ERNIE Zakri

10. Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli pernah mempunyai seekor kucing jantan bernama Jimmy. Bagaimanapun, kucing itu tidak hidup lama apabila menghidap penyakit kronik.

Haqiem mengakui kucing yang dibeli dengan harga RM1,000 itu antara peneman setianya setiap kali dia pulang dari sekolah dulu.

MAZDA CX-5 akan dieksport ke rantau Asia Tenggara.
MAZDA CX-5 akan dieksport ke rantau Asia Tenggara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2017 @ 2:57 AM