ANTARA yang cedera dalam pertempuran dibawa ke hospital di Srinagar untuk menerima rawatan. FOTO EPA
ANTARA yang cedera dalam pertempuran dibawa ke hospital di Srinagar untuk menerima rawatan. FOTO EPA
AFP

SRINAGAR: Sekurang-kurangnya 50 orang cedera susulan pertempuran di Kashmir, India, hari ini apabila penunjuk perasaan membantu pemberontak meloloskan diri dari kepungan pasukan kerajaan.

Ribuan penduduk kampung membanjiri jalan raya sejurus dua individu disyaki pemberontak berbalas tembakan dengan tentera dari sebuah rumah di kawasan Kulgam, selatan Kashmir.

Polis berkata, penunjuk perasaan melemparkan batu ke aras pasukan keselamatan bagi membolehkan pemberontak melepaskan diri.

Saksi dan pegawai hospital berkata, seramai 50 orang dikejarkan ke hospital selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan menggunakan peluru kacang dan peluru hidup bagi menghalang penunjuk perasaan bertindak agresif.

“Rumah terbabit diletupkan tetapi militan dapat melarikan diri daripada kekecohan itu. Tiada mayat dijumpai dalam runtuhan,” kata pegawai kanan polis yang enggan dikenali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2019 @ 10:32 PM