SEBUAH robot penyambut tetamu yang terdapat di Hotel Henn-na di Jepun.
SEBUAH robot penyambut tetamu yang terdapat di Hotel Henn-na di Jepun.
Agensi

Tokyo: Ramai berpendapat pada masa depan robot bakal merampas kerja daripada manusia tetapi sebuah hotel robot di Jepun terpaksa membuang mesin berkenaan kerana ia menimbulkan lebih banyak masalah berbanding manusia.

The Wall Street Journal melaporkan, Hotel Henn-na yang dikenali sebagai hotel robot di Tokyo terpaksa `memecat’ separuh daripada 243 pekerja robot kerana ia menimbulkan lebih banyak masalah daripada kerja yang ia mampu lakukan.

Antara robot yang `dipecat’ itu termasuklah mesin berbentuk anak patung yang dikenali sebagai Churi, bertugas sebagai pembantu di setiap bilik.

Robot seumpama itu seperti Siri, Google Assistant dan Alexa boleh menjawab soalan berkaitan perniagaan termasuk waktu ia beroperasi.

Bagaimanapun, Churi tidak mampu berbuat demikian.

Apabila pelanggan hotel bertanya “Jam berapa taman tema dibuka?”, Churi tidak mampu memberi jawapan yang baik.

Churi sepatutnya membantu pihak hotel yang kekurangan pekerja dengan menggantikan tugas manusia tetapi robot itu menambah masalah kepada majikannya.

Dua robot yang penyambut tetamu turut dipecat kerana ia terpaksa menggunakan bantuan manusia untuk melakukan kerjanya seperti membuat salinan pasport tetamu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 January 2019 @ 11:19 AM